Pieces of sky stitched into words, written in the quiet hours when sleep forgets to visit.

Pages

Monday, 24 June 2013

Setiap detik memori

kau suka sendiri
kau degil 
kau panas baran
 kau mahukan dendam
kau sentiasa marah
kau sentiasa mengeluh
itu adalah kau...

tapi..
itu bukan penghalang dari segalanya..

kau inginkan terbaik pada semua
kau ingin disayangi
kau sentiasa berfikiran terbuka
dan kau masih begitu
kau hanya ingin melindungi 

awak bukan keseorangan,
awak degil kerana awak berpendirian
kini dalam diri awak tiada sikap panas baran
awak lepaskan dendam awak
awak marah kerana awak sayang
 awak mengeluh kerana awak terlampau ingin melindungi sehingga awak penat..
namun..
awak tak pernah berhenti melindungi..

"saya sedar..awak ni  bukan malaikat ataupun.. bidadari yang turun dari syurga,...saya terima awak seadanya.."

"kau memang cantik..cantik sangat,sampai aku tak mungkin mampu nak menatap mana-mana perempuan lagi.Keperibadian kau lah yang membezakan kau dengan yang lain.Dan sebab itulah aku sanggup menghapuskan dendam aku pada kau,malah aku melindungi kau pula dari segala musibah"

Dan saya
saya terima awak seadanya
kerana saya percaya
ini adalah takdir
takdir saya bersama awak
saya percaya
dan saya yakin
saya yakin pada hubungan ini
Insya Allah
hubungan yang menghalalkan cara
hubungan yang menuju ke arah kebaikan
hubungan yang mampu membimbing kita berdua
 ke Syurga Allah,Insya Allah..


                                                                            Denga izin-Nya..

Membuka waktu menghurai kisah
Yang pernah kita jalani dulu
Hati tersentuh
Hilang bicara
Bila teringat kata azimat mu

Kini berjalan diatas cinta yang beku
Hanya namamu yang masih menguatkanku


No comments: