Pieces of sky stitched into words, written in the quiet hours when sleep forgets to visit.

Pages

Friday, 14 June 2013

surah al-ikhlas

surah yg aq sangat la suka baca.
even dlm setiap solat aq akan bce surah ni.reason?

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul 
Qurthuby). 


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme,animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri .Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan;

Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."




No comments: