“I am so clever that sometimes I don't understand a single word of what I am saying.”

Pages

Saturday, 8 March 2025

Degree FND460

Hari ni selongkar gambar lama, terjumpa lukisan zaman degree. Subjek FND469 2018/2019. Subjek yang majoriti student pening kepala, serabut, otak jem sebab kena melukis 😂. Subjek yang buat student bersengkang mata dekat kafe kolej sampai 4-5 pagi lepastu kena halau ngn pb, bertekak dengan warden kolej, terlentang atas lantai kafe sebab dah barai ( ni kalau aq post, wan mungkin kejar aq sampai hujung putrajaya😂), buat kerja sampai subuh terus breakfast dekat kedai mamak BNS, subjek yang buat member aq terduduk pegang kaki aq sampai nangis 😂. Subjek yang buat aq tertido dalam kete, menumpang kat kolej member. Bila ingat balik, kelakar la do.

Btw, tema lukisan aq berkenaan ilmu dalam perumpamaan, so setiap lukisan ada sekuel yang barkaitan dengan perumpamaan ilmu.

 1) Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri cina
 2) Ilmu itu seluas lautan
3) ilmu kunci kepada kehidupan 
4) ilmu tanpa sempadan


Ilmu ni bukan setakat dalam kelas je, tapi ada di mana-mana, dalam setiap pengalaman, cabaran, dan perjalanan hidup. Ilmu bukan sekadar teori dalam buku teks, tapi juga dalam kesusahan yang kita hadapi, dalam usaha gigih mengejar sesuatu, dalam persahabatan, dan dalam setiap pengalaman yang membentuk diri kita.

Pengalaman struggle dalam subjek tu sendiri dah jadi satu bentuk ilmu—ilmu tentang kesabaran, kerja keras, teamwork, dan daya tahan mental. Jadi, ilmu bukan sekadar apa yang diajar oleh pensyarah, tapi juga apa yang kita pelajari melalui perjalanan hidup kita sendiri.

Sekian.

No comments: