Pieces of sky stitched into words, written in the quiet hours when sleep forgets to visit.

Pages

Friday, 18 April 2025

Sakaratul Maut di Kota Suci

Aku turun ke lobi, mencari ruang sofa untuk diduduki sementara menanti bas ke Madinah. Sedang aku melangkah ke arah sofa, tiba-tiba sebuah telefon jatuh betul-betul di hadapanku. Aku tunduk, mengambilnya, dan menghulurkan kepada pemiliknya.


Namun, sesuatu terasa tidak kena. Tuan badan tidak sedarkan diri. Tubuhnya menggeletar. Nafasnya sesak. Aku hanya mampu berdiri, memandang, tubuh kaku. Dia seakan diserang sawan, dan aku tidak tahu apa yang harus dilakukan selain memberitahu orang di sekeliling.


dia seperti menarik nafasnya yang terakhir.

aku panik.

"Please call an ambulance!," aku minta berkali-kali.

adikku berlari ke tingkat atas,

mencari mutawwif.

orang mula berkumpul,

mengelilingi tubuh yang mula kaku.


aku berdiri,

membisu dalam keramaian manusia.

melihat wajahnya dari celah-celah.

pucat.

tapi tersenyum.

Tersenyum.


dalam perjalanan ke Madinah,

aku diam,

menatap jendela yang tidak menjawab.

jiwa kosong,

fikiran hanyut.

aku baru sedar

doaku selama ini penuh harapan dunia:

kesihatan,

pengajian,

pasangan hidup.


Jarang sekali aku meminta untuk dipersiapkan menghadapi sakaratul maut.


Dengan sekelip mata, sakaratul maut menziarahiku di kota suci Mekah ini.


Saat aku melihat insan itu dijemput pergi, aku terasa seolah-olah sakaratul maut turut memandang ke arahku. Seakan mengingatkan aku... bahawa pada satu masa nanti, kita akan bertemu lagi.


No comments: